Blogger Tricks

Sunday 27 April 2014

Memilih kah aku?

Aku lately menghabiskan masa di hadapan komputer gara-gara Facebook. And aku juga asyik melayan group SBP 0913 because my super awesome friends at there. 

Tapi, dah lama kan aku duduk di SBP so jika anda adalah salah seorang SBP dan bukan one of my schoolmates memang aku akan rasa seronok jika dapat berkawan dengan SBPians yang lain. Bukan nak jadi racist tapi SBPians jugalah yang memahami keadaan dan mempunyai kenangan yang lebih kurang untuk dikongsikan bersama. Bertambah teruja jika kita dapat saling berkongsi cerita-cerita kemudian gelak bersama kerana memahami apa yang berlaku.

Dan bila ada orang yang menambah kawan di Facebook. Aku akan mengusha nama sekolah diorang.

"Sekolah Menengah Sains XXXXX"

"Okay, cantik"

Tapi, hakikatnya, kami bukannya sembang pun. Sekadar add je. Tapi ada yang pernah chat. Mostly perempuan. Lelaki jaranglah. Kadang-kadang aku ada la rasa nak sembang dengan lelaki dari SBP lain tapi aku just nak buat jadi member ja bukan nak berkapel-kapel okay?. Saja lah. Tengok kawan-kawan aku ada member lelaki dari SBPians lain, aku pun teringin laa tapi aku da jadi malas. Lantak kau lah. Nak kawan dengan aku ka or not up to you. Nak kawan dengan aku, kena accept yang aku ni lain sikit kut. ahhaahahahha

Aku penah terjerat dengan satu lelaki dari SBP juga tapi tambah I. Aku anggap kawan ja tapi dia telah membuat aku rasa teruk. Dia dari ja sekolah bagus tapi perangai tak macam dari sekolah dia pun. After sebulan kami kawan, suddenly dia dah unfriend aku and tak call dah. Aku rasa tertipu sebab dipermainkan oleh dia. Aku tak suka dia tapi aku tak suka ditinggalkan begitu sahaja tanpa apa-apa sebab so aku pun create sendiri la reasonnya. Akhirnya aku dah lali. Aku dah start benci laki otak warna. Pembawa dosa ja kat aku. Dulu, aku okay jaa. Tapi, aku dah insaf. aku tak nak lagi terlibat dengan otak warna warni. Aku rasa berdosa. Terima kasih sebab beri pengajaran kat aku.

Aku nak cerita lebih ni bukan la isi post aku yang sebenarnya.

Aku just nak bagitau.Aku masih ada perasaan memilih kawan dari sekolah mana. Sebab aku tak terbiasa bersekolah dengan bdak harian. Aku pernah gi sekolah harian tapi tak lama then aku dipanggil ke SBP.Duduk lah selama 5 tahun. Sangat lama berbanding duduk di sekolah harian yang hanya 5 bulan.

Aku rasa banyak perbezaaan antara budak harian dan budak SBP dari segi sikap. Tapi aku sebenarnya yang tidak mengetahui kut. Aku tak pergi PLKN sebab tak terpilih so aku tak tahu sangat and tak bergaul dengan ramai orang sangat. Lambat laun aku akan tinggal juga status ni so nanti bila melanjutkan pelajaran la.

Aku tak kisah sapa nak berkawan dengan aku especially perempuan. Aku open ja. Dari sekolah mana sekalipun. Tapi lelaki aku memilih. Memilih dari sekolah mana tapi itulah lelaki, Girls should be picky juga tehadap mereka. 

Tapi aku harap aku dah tak kesah. Aku tak kesah la sapa laki tu pun. Tapi aku still akan usha sekolah mana dia pergi. Aku tak kesah la sebab kami tak akan chat pun. Nanti semua ke laut juga. So it doesn`t matter anymore. Aku bahagia di samping my super awesome friends. Nia Naqila, Nurul Ain and Anis Farahani. They are SBPians and kami saling memahami dan In Shaa Allah kami akan kekalkan ukhwah kami sampai bila-bila pun. AMIN. 

No comments:

Post a Comment