Blogger Tricks

Thursday 24 April 2014

Matrik cmnni ye?

Assalamualaikum.. Saya nak bagi nasihat dan pandangan sendiri kepada pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran dalam jurusan sains di matrikulasi.. 
1. Kalau kamu jenis yang payah study sendiri, fikir lah 2 3 kali Sebelum masuk matrik. 
2. Kalau kamu mahu belajar di matrik sebab nampak gah, lupakan sahaja.
3. Study di matrik memang stress terutama bila nak exam. Sebab kamu perlu revise segala2nya dari chapter awal sampai akhir. 
4. Kalau kamu rasa akan menyesal sebab tolak tawaran diploma sebab kamu mahu matrik. Baik kamu tak payah sambung belajar di matrik sebab kamu akan rasa menyesal sebab masuk matrik.
5. Belajar di matrik memang pantas, kamu perlu catch up dengan apa yang kamu sedang belajar.
6. Kamu akan jarang balik rumah, kadang2 hampir Dua bulan tak balik rumah.
7. Kalau kamu jenis yang terlalu enjoy, jangan masuk matrik kecuali kamu genius.
8. Kalau kamu jenis tak mampu study lewat malam, baik kamu mula rajin2 kan diri untuk bangun study lewat malam.
9. Jangan banyak kali skip kelas atau lecture kerana kamu boleh tertinggal input yang berguna.
10. Kalau tak mampu pergi kelas dari pukul 8 sampai 5 petang, lupakan lah niat nk masuk matrik.
11. Kena pandai berjimat cermat di matrikulasi. Elaun Rm250 memang tidak mencukupi. Tapi kena pandai berjimat cermat.
12. Rajinkan diri untuk jumpa lecturer untuk bertanya soalan. Jangan malu.
13. Kena pandai bergaul dengan students dari negeri lain dan student yang berlainan bangsa.
14. Rajin kan diri beribadat kepada yang Atas.
15. Maggi dan nescafe memang menu wajib bila exam. Hehe
16. Perlu rajinkan diri buat latihan past year dari awal bukan hanya semasa mahu exam sahaja. Kena paksa diri buat sebab lecturer tidak akan paksa kamu buat.


AHMAD SUFIHAZIQ

No comments:

Post a Comment