Blogger Tricks

Tuesday 6 May 2014

The sisters


The Soong Sisters. Pernah dengar tak cerita ini? Aku pasti ramai yang kurang mengetahuinya kecuali lah Rakyat China sendiri. Kebetulan tajuk cerita ni menarik minat untuk aku menontonnya. Cerita ini sememangnya membangkitkan semangat inkuiri aku. Siapakah mereka? Bilkah mereka wujud? Dan banyak lagi persoalan yang timbul. So I decided to watch it. Cerita ni lama dah keluar di pawagam tapi kat Malaysia entah la. Cerita ini dikeluarkan pada tahun 1997. Masa tu aku baru umur satu tahun. Haha.Okay, meh nak cerita. Mereka ini merupakan anak kepada Charlie Soong dan Ni Kwei-tsen. Ayah diorang ni mendapat pendidkan barat so depa ni kira anak2 orang kaya la. So ayah depa ni hantar lah mereka belajar di US. Biasalah seperti kita tahu, sisters ni bond diorang so strong just like them. The eldest, Soong Ai-ling (1890-1973), The middle sister, Soong Ching-ling(1893-1981) and the youngest, Soong May-ling(1898-2003).Of course, dah kalau dapat pendidkan kat luaq negara ni kira pandai la. Depa ni sangat rapat antar satu sama lain. But when they get older, China seems testing their sisters bond. Depa ni semua kahwin dengan lelaki yang berpengaruh. The eldest, Ai-ling berkahwin dengan H.H.Kung, the richest man and finance minister of China. The middle,Ching-ling berkahwin dengan Dr Sun Yat-sen, Father of Modern China and the first President of the Republic of China.The youngest, May-ling berkahwin dengan Chiang Kai-shek, the leader of Kuomintang party. Kemaih kan? Saling berkahwin dengan orang2 yang berpengaruh.Dalam tahun 1930an depa ni kira famous la. Macam tokoh nationalisme depa ni. They said "behind every great man there's a woman". Tapi time ni China masih tak bersatu . Pelbagai perbalahan politik masih wujud ketika itu. After Dr Sun Yat-sen passed away, before sempat lagi untuk united China. So, kehilangan besar buat Ching-ling. Depa ni saling mempunyai kepercayaan sendiri, so Ching-ling beralih ke communist after her husband passed away. Manakala kakak and adik dia masih berteguh dengan parti nationalisme, Kuomintang. So asai ada family gathering jaa, Ching-ling mesti gaduh dengan husband adik dia, Chiang Kai-shek.Chiang Kai-shek ni pulak memang anti-komunis gila-gila.So sebab tu Soong sisters jarang bersama macam dulu2. Sampai Jepun masuk China pada 1937 pun, dia masih tak endah sangat sebab sibuk menetang komunis padahal satu bangsa and dah jadi perang saudara pulak.Pada tahun tu jugak, May-ling pujuk lah husband dia, akhirnya komunis and kuomintang bersatu jap untuk menentang Jepun. Pada masa itu, selepas 10 tahun tak jumpa, barulah mereka bersatu semula demi menyelamatkan negara. Ai-ling kaya so dia supply kewangan for this war. Ching-ling, berjaya memujuk jap komunis utk bersatu dengan Chiang Kai-shek. May-ling, berjaya pujuk husband dia ,Chiang Kai-shek untuk bersatu ngn komunis.So mereka dapat bersatu seketika dalam menentang penjajah. After Jepun surrender pada tahun 1945,perang saudara tetap berlaku balik sampai tahun 1949. Ai-ling and her husband H.H.Kung berpindah ke Hong Kong,sebab dah muak dengan politik. Tambah pula, Hong Kong di sana sedang mengalami pertumbuhan ekonomi, so this is her husband expertise laa. May-ling lak bersama husband dia, Chiang Kai-shek berundur ke Taiwan sebab parti depa kalah.Ching-ling sahaja yang tinggal di China.  China telah memisahkan mereka bertiga. Itu yang membuatkan aku sedih haha, aku teriak after last-last cerita ni. After tu, sampai ajal menjemput mereka pun, mereka tak bertemu dah after that. Yang tinggal, hanyalah kenangan bersama. Masa kechik2, main sama2, masa remaja, pergi belajar satu kolej tapi bila dah kahwin? sat ja depa bersatu semula kemudian? sekali lagi China memisahkan mereka buat selamanya. 

Ada pepatah menyatakan dalam bahasa mandarin:

"Yige ai qian, yige ai quan, yige aigao"

"One who loved money, one who loved power, one who loved her country"

Moral of the story: Always appreciate your siblings :')