Hmmm, tadi gi check untuk iv upsi. Nampaknya tak dapat. Dah two down, six to go. Kalau ni bertempur, dah bangga rasanya sebab semakin berkurang ujian nya. Tapi aku? dugaan bertambah yang dengan nombor sikit tu. Dalam sudut hati aku, memang la rasa sedih. Ada orang cakap interview aka iv ni pilih based on merit. Merit aku memang tak elok pun. Cam harom lagi. Kenapalah payah sangat nak dapat satu iv jaa pun? Iv ja pun. Awat kedekut sangat nak bagi or ni memang salah aku? sebab dip bi upsi tu aku letak pilihan ketiga. Entah lah, sekarang semua benda banyak menimbulkan persoalan tapi tanpa jawapan. Misteri jaa memanjang. Aku hampa sebab aku ditolak mentah-mentah tanpa jawapan. Sikit pun tak tahu.Adakah anda okey jika ditolak mentah-mentah tanpa ada jawapan? jika aku, sorry no can do. Patah hati aku lagi. Sebab si TESL BI yg kat Uni punya tolak cinta aku. Sebenarnya aku masih menagih cinta si TESL. Perit tapi itulah hakikatnya. Aku tak layak bagimu even pegi interview sekalipun. Hati aku luka tapi macam mana pun life must go on. Hidup tak akan terhenti camtu jaa jika kita terluka sekalipun kecuali mati. Apapun Allah Maha Mengetahui segalanya. He knows what the best for me and I believe in Him. :) Biarkan lah mimpi itu dihanyutkan di sungai. Bukan milik aku tapi milik orang lain. Jika kita berjaya rampas sekali pun , ia akan terlepas jua dari gengaman kita.
Next story;
Ada dengar tak pasal MH192? haah, itulah pesawat yang mengalami masalah itulah namun alhamdullilah, ianya selamat mendarat di KLIA semula. Sesungguhnya aku turut rasa risau kerana ia membabitkan nama negara. MAS milik Malaysia dan aku adalah salah seorang rakyat Malaysia. Jika asyik dihentam masalah, orang ramai terutama orang luar akan mula kurang mempercayai MAS atas dasar keselamatan mereka. Berharap pihak atasan perlu lebih teliti dan sangat berhati-hati selepas insiden ini. Ramai yang tak puas hati terhadap kita. Manusia sering begitu. Kerana sifat tamak dan hasad dengki, orang lain turut menjadi mangsa.Apapun, kita dapat menarik rasa lega setelah insiden ini berjaya diatasi dengan efisyen . Selepas ini juga, negara kita juga akan memerlukan juruterbang yang sangat cekap dalam mengendali masalah dalam penerbangan. Syukur alhamdullilah Allah masih memberi peluang buat mereka untuk selamatkan diri. Syukur sangat-sangat.Aku tak sanggup tengok negara yang tercinta dihujani dengan pelbagai masalah.Hati aku sayu menengoknya.Sayangilah negara kita sebab tanah air kitalah yang kita duduk sekarang, kita dapat hidup dengan penuh keselesaan teramat-amat. Jika diberi peluang untuk aku memperjuangkan untuk negara tercinta ini. In sya Allah, akanku babitkan diriku ini demi melihat saudara-saudaraku bebas menjalani kehidupan. Allah masih sayang akan Malaysia. Allahu Akbar !
No comments:
Post a Comment